PENGURUSAN SAJIAN

PENGENALAN

Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai budaya menyambut pelbagai  perayaan dan keraian dengan menghidangkan pelbagai jenis masakan dan sajian yang istimewa.

Pemilihan Menu

Pengurusan sajian melibatkan kemahiran memilih makanan berdasarkan perancangan menu, pemilihan menu, dan penyediaan makanan supaya sajian yang berkhasiat, menarik, dan menyelerakan dapat disediakan. Bab ini akan menerangkan pemilihan menu untuk sajian keraian dan sajian untuk kumpulan tertentu.

1.

 

 

 

Jenis sajian

 

Sajian keraian

  • Hari perayaan

  • Hari jadi

  • Hari ulang tahun perkahwinan

  • Meraikan tetamu/pelancong

 

Sajian kumpulan   tertentu

  • Kanak-kanak

  • Pesakit

  • Si pulih

  • Ibu mengandung

  • Ibu yang menyusukan anak

  • Vegetarian

 3. Sajian kumpulan tertentu

 

Kumpulan tertentu

Kanak-kanak

  • Mempunyai lebih protein haiwan.
  • Mempunyai lebih kalsium, zink, ferum, dan vitamin.
  • Mengandungi susu dan hasil tenusu.
  • Kurangkan member terlalu banyak makanan manis.
  • Hidang makanan perlu menarik dan dalam porsi kecil.

Pesakit

  • Perlu mengikut nasihat doktor.
  • Mempunyai lebih protein.
  • Mengandungi tambahan bekalan asid askorbik dan kumpulan vitamin B, ferum, kalsium, dan selulosa.
  • Kurangkan pengambilan lemak.
  • Gunakan kaedah merebus dan mengukus.
  • Kurangkan penggunaan rempah.
  • Elakkan daripada menggunakan baki makanan dan makanan berkaleng.
  • Hidangkan makanan dalam keadaan panas dan mengikut masa.
  • Hidang makanan dengan menarik dalam porsi sesuai.

Si pulih

  • Mengandungi banyak makanan protein.
  • Boleh makan kebanyakan jenis makanan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak kerana susah dicerna.

Ibu mengandung & menyusukan anak

  • Hidangan perlu seimbang.
  • Memerlukan lebih protein dalam hidangan.
  • Mempunyai lebih garam mineral seperti kalsium, fosforus, dan ferum.
  • Mengandungi tambahan kalsiferol dan kumpulan vitamin B.
  • Kurangkan pengambilan lemak.
  • Mengandungi tambahan asid folik.

Vegetarian

Tulen

  • Mengandungi hanya sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin serta kekacang dan hasilnya.

Lakto

  • Mengandungi protein dari pelbagai sumber tumbuhan.
  • Menggunakan Textured Vegetable Protein (TVP).
  • Mengandungi hasil protein haiwan.
  • Menggunakan minyak dan lemak tumbuhan.

3. Langkah perancangan kerja:

  1. Perancangan kerja.
  2. Memilih menu.
  3. Menyenaraikan bahan dan peralatan yang digunakan.
  4. Mengira kos.
  5. Menyediakan susunan kerja

 

 

 

 

Leave a comment