Prinsip Menyenggara Wardrobe

Wardrobe perlu diselenggara dengan baik supaya tahan lama. Penyenggaraan wardrobe yang baik dapat menjimatkan perbelanjaan dalam jangka masa yang panjang. Prinsip penyenggaraan wardrobe melibatkan pencucian dan penyimpanan pakaian serta penyenggaraan aksesori yang sempurna.

  1. Terdapat dua cara pencucian pakaian, iaitu:
  • Cucian tangan atau menggunakan mesin basuh

             –  melibatkan penggunaan air dan detergent

  • Mencuci kering

             –  melibatkan  penggunaan bahan kimia sebagai pelarut.

Pakaian yang terkena kotoran.

Langkah Mencuci Pakaian

  1. Asingkan pakaian mengikut jenis fabrik, dan warna. Periksa kocek supaya tidak ada barang yangtertinggal didalamnya.
  2. Ikut arahan Label Jagaan Tekstil Antarabangsa untuk memastikan setiap pakaian dicuci dengan betul.
  3. Baiki dahulu pakaian yang rosak / koyak.
  4. Hilangkan segala tanda kekotoran pada fabrik
  5. Pilih bahan pencuci yang sesuai.
  6. Rendam, cuci, dan bilas pakaian.
  7. Keringkan pakaian mengikut jenis fabrik.
  8. Seterika pakaian. Anginkan sebelum menyimpan.

Cara Membersih aksesori.

Aksesori perlu dicuci sekali-sekala apabila perlu dan dicuci berasingan daripada pakaian, contohnya:-

  • Songkok dan topi diberus dengan berus khas.
  • Skaf dan selendang dicuci tangan.
  • Tali leher dan bow dicuci kering apabila perlu.
  • Barang kemas yang diperbuat dari emas tulen dicuci dengan sabun dan dibilas.
  • Beg tangan yang diperbuat daripada fabrik dan vinyl dicuci kering. Beg tangan yang diperbuat daripada kulit dilap dengan kain kering.
  • Kasut kulit digilap selepas memakainya. Kasut kanvas dicuci dengan bahan pencuci.

 Penyimpanan Pakaian

 Setiap pakaian perlu disimpan dengan baik supaya tidak mudah rosak dan tahan lama. Cara penyimpanan pakaian adalah seperti berikut:

  • Simpan pakaian di ruang khas yang kering seperti almari, laci, dan tetingkay pakaian.
  • Pakaian boleh digantung atau dilipat mengikut kesesuaian.
  • Pakaian termasuk aksesori disimpan mengikut klasifikasi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: