DIET

PENGENALAN

Pengambilan makanan adalah untuk membekalkan tubuh dengan semua nutrien yang diperlukan bagi mendapatkan kesihatan optimum. Peruntukan Diet Harian  yang Disarankan atau Recommended Dietary Allowances (RDA) telah diterbitkan bagi memberi panduan untuk membantu menilai status pemakanan individu. Ia merupakan jadual yang menunjukkan saranan berkaitan jumlah nutrien yang perlu diambil setiap hari oleh individu yang sihat mengikut jantina, umur, ibu mengandung, dan ibu yang menyusu.

Tenaga ialah kuasa untuk melakukan sesuatu kerja. Makanan yang mengandungi karbohidrat , lemak, dan protien adalah sumber tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal dan biokimia. Tenaga disukat dalam unit joule (J) atau unit kalori (k). Satu kilokalori ialah jumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu kilogram air sebanyak 1 c.

1 kalori (kal)               =  4.184 joule (J)

1 kilokalori (kkal)    =  4184 J

1 kilokalori                  =  4.184 kilojoule (kJ)

1000 kkal                      =  4.184 megajoule (MJ)

 

Nutrien pembekal tenaga dan haba Lemak 9 kkal / 38 kJ
Protien 4 kkal / 17 kJ
Karbohidrat 4 kkal / 17 kJ

Langkah mengira nilai tenaga:

  1. Kenal pasti  berat makanan
  2. Kenal pasti E.P. (edible portion) makanan
  • Jika E.P. 100%, kira terus nilai tenaga.
  • Jika E.P. kurang 100%, kira E.P. dahulu sebelum mengira tenaga.

      3.    Kira nilai tenaga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: