MAKANAN & PEMAKANAN
Pengenalan.
Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu. Nutrien yang diperlukan terdiri daripada kumpulan makanan berikut:
- Makanan pembina tubuh iaitu protien.
- Makanan pembekal tenaga dan haba, iaitu karbohidrat, lemak, protien.
- Makanan pencegah penyakit, iaitu vitamin dan garam mineral.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPERLUAN NUTRIEN.
– Jantina
– Umur
- Bayi
- Kanak-kanak
- Remaja
- Dewasa dan warga tua
– Saiz tubuh
– Aktiviti
– Kumpulan tertentu
- Ibu mengandung/menyusukan anak
- Pesakit/ Si pulih
- Vegetarian ( Tulen / Lakto)
Faktor |
Klasifikasi |
Keperluan nutrien |
Jantina |
Lelaki
Perempuan |
- Perlukan lebih nutien pembekal tenaga kerana mereka lebih aktif dan mempunyai banyak otot.
- Perlukan lebih ferum kerana haid dan melahirkan anak.
|
Umur |
Bayi |
- Protein, karbohidrat, kalsium, dan ferum diperlukan untuk pertumbuhan.
|
Kanak-kanak |
- Perlukan lebih karbohidrat dan protein kerana sangat aktif dan membesar dengan pesat.
|
Remaja |
- Perlukan lebih protein, kalsium dan ferum bagi mengimbangi perubahan fizikal dan peningkatan aktiviti.
|
Dewasa & warga tua |
- Kalsium dan kalsiferol bagi tulang yang sihat dan mengelakkan osteoporosis.
- Asid askorbik dan retinol bagi mencegah infeksi.
- Tiamina untuk membantu fungsi saraf.
|
Saiz tubuh |
Endomorf
Ektomorf |
– Tenaga bagi menggerakkan badan dan mengekalkan fungsi tubuh
– Protein bagi tumbesaran dan memperbaiki tisu badan
- Perlukan kurang tenaga dan protein kerana saiz tubuh yang kecil.
|
Aktiviti |
LasakRingan |
- Semakin banyak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin banyak tenaga yang diperlukan.
|
Kumpulan tertentu |
Ibu mengandung Ibu yang menyusukan anak |
- Protien diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan fetus.
- Asid folik diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat.
- Kalsium dan fosforus perlu bagi pembentukan tulang.
- Ferum diperlukan bagi menjamin bekalan darah mencukupi sewaktu melahirkan anak.
- Protein, kalsium, dan tenaga diperlukan untuk penghasilan susu.
|
Pesakit dan si pulih |
- Perlukan protein dan karbohidrat untuk membina dan membaiki tisu serta mendapatkan kesihatan sedia kala.
|
Vegetarian |
- Bekalan protein diperoleh daripada kekacang dan hasilnya.
- Retinol dibekalkan oleh karoten sayur-sayuran.
- Marjerin yang diperkaya dengan kalsiferol.
- Sayur-sayuran hijau dan kekacang membekalkan kalsium, fosforus, dan ferum.
|
Like this:
Like Loading...