KONSUMERISME

PENGENALAN

Pasaran negara kita dibanjiri oleh pelbagai barangan dan perkhidmatan. Pengiklanan berusaha untuk mempengaruhi pengguna supaya membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan. Pengguna selalu berhadapan dengan masalah berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran.

      Pengguna perlu bijak membuat keputusan dalam memilih barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka juga perlu mengetahui dan peka terhadap hak sebagai pengguna. Pengguna perlu bertindak untuk melindungi dirinya atau mendapatkan pampasan daripada penipuan yang dilakukan oleh penjual atau pengiklan. Pengguna Perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang konsumerisme sebelum mengambil tindakan dan menuntut hak mereka.

Konsumerisme

Konsumerisme adalah satu konsep yang menerangkan tentang kesedaran manusia terhadap hak, kepentingan, dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Pengguna merujuk kepada mereka yang membeli, mendapatkan, dan menggunakan pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak.

 

 

 

 

Masalah Pengguna

   Kualiti  – Masalah pengguna terhadap mutu setiap barangan yang dibeli dan perkhidmatan yang diterima.
   Harga  – Masalah harga yang berlainan bagi barangan dan perkhidmatan yang sama yang berubah mengikut premis, lokasi, jenis kedai, dan negeri.
   Kuantiti  – Masalah kuantiti barangan yang tidak mencukupi mengikut timbangan, sukatan, isi padu, saiz atau bilangan.
   Keselamatan  – Barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diterima tidak selamat.
   Perlindungan

 – Barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diterima tidak dapat melindungi pengguna daripada asperk keselamatan, penggunaan, penipuan, kerosakan, dan perkhidmatan selepas jualan.

 – Pengguna tidak dilindungi daripada pencemaran dalam persekitaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: