PRINSIP MEMASAK

PENGENALAN

Sebahagian makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dimakan mentah. Sebahagian makanan lagi seperti daging, ikan, dan kuih-muih perlu dimasak sebelum boleh dimakan.

Prinsip memasak melibatkan dua kaedah memasak makanan, iaitu dengan menggunakan haba kering dan haba lembap. 

1. 

Prinsip Memasak

Haba Kering
  • Menggoreng
  • Membakar
  • Memanggang
Haba Lembap
  • Mengukus
  • Mencelur
  • Mereneh
  • Merendidih
  • Merebus

2.  Membakar  ialah memasak makanan di dalam ketuhar panas menggunakan arus elektrik, gas, kerosin, atau arang.

 

3.  Memanggang ialah memasak makanan dengan menggunakan haba yang sangat panas daripada elemen pemanas, api gas, bara arang, di atas api yang terbuka atau di dalam ketuhar.

 

4.  Prinsip membakar dan memanggang.

Membakar

  • Susun tetingkat ketuhar.

  • Panaskan ketuhar 10 minit sebelum memasak makanan.

  • Tutup pintu perlahan-lahan.

  • Kurangkan suhu selepas 10-15 minit.

  • Elakkan membuka pintu ketuhar semasa makanan dibakar.

Memanggang

  • Ketebalan daging antara 2.5 cm – 7.5 cm.

  • Lumurkan badan makanan bagi

         –    Mencegah daripada menjadi terlalu kering.

         –    Memperbaiki rasanya.

         –    Mengurangkan daripada kecut.

  • Balut makanan.

  • Balikkan makanan supaya masak sama rata.

 

5.  Ciri hasil masakan.

Jenis Makanan

Ciri Hasil Masakan

Daging, ayam, ikan, dan karangan laut.

  • Masakan berwarna keperangan.
  • Permukaan makanan kering tetapi isinya lembut.
  • Masakan menjadi lembut dan empuk.
  • Mempunyai aroma yang menyelerakan.

Sayuran berubi seperti kentang, keledek dan ubi kayu.

  • Isinya menjadi lembut dan empuk.

Sayuran buah seperti tomato, terung dan jagung.

  • Sayuran berwarna perang dan mengecut.

Kek, biskut, pastri, roti dan makanan beryis.

  • Masakan berwarna kuning keemasan.
  • Masakan menjadi kering dan garing terutama biskut dan pastry.
  • Mempunyai rupa yang menarik dan aroma yang menyelerakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: