Perancangan Wardrobe

Kita perlu merancang wardrobe dengan teliti. Setiap pakaian perlu disusun mengikut kategori untuk memudahkan masa mencari dan yang paling peting dapat menjimatkan ruang.

Perancangan wardrobe meliputi merancang koleksi pakaian dan menyenggara wardrobe termasuk aksesorinya. Kerja menyelenggara wardrobe melibatkan pencucian dan penyimpanan. Semua perancangan ini perlu dilakukan dengan teliti kerana boleh:

  • Mencerminkan peribadi yang baik.
  • Menjimatkan perbalanjaan.
  • Mengenalpasti pakaian dan aksesori yang diperlukan.

Contoh wardrobe yang tidak kemas.

Wardobe yang tidak tersusun akan meyukarkan mencari baju dan merugikan masa.

 

PRINSIP MERANCANG WARDROBE
Ketika merancang wardrobe, beberapa perkara perlu di ambil kira dan beberapa prinsip perlu dipatuhi, antaranya:
  • Perlu bersesuaian dengan status ekonomi anda.
  • Memenuhi peranan individu dalam kelompok mansyarakat.
  • Memenuhi keperluan aktiviti harian.
  • Bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran.
  • Mengikut keperluan agama, bangsa, dan budaya.
  1. Bersesuaian dengan status sosio-ekonomi.
  • Wardrobe perlu bersesuaian dengan status sosio-ekonomi. Koleksi Wardrobe perlu mengikut kemampuan diri sendiri. Tidak perlu yang mahal asalkan selesa, cantik dan kemas.    
  • Cara untuk menjimatkan perbelanjaan wardrobe ialah:            

             –   Tidak membeli banyak item bagi setiap klasifikasi.

             –  Merekodkan inventori wardrobe supaya anda membeli hanya item yang diperlukan sahaja.

             –  Mengamalkan mix and match apabila mengenakan pakaian dan aksesori.

Sehelai baju boleh dipadankan dengan pelbagai jenis seluar dan sehelai seluar boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju.

    2.    Memenuhi peranan individu 

  • Wardrobe perlu memenuhi peranan individu dalam masyarakat. Pakaian individu haruslah mencerminkan gender, pekerjaan, umur atau kedudukan dalam masyarakat setempat. 
Gender Lelaki mempunyai  wardrobe yang berlainan daripada perempuan.
Pekerjaan Individu yang memakai pakaian seragam, tidak memerlukan banyak pakaian dalam wardrobenya, manakala seorang ahli korporat atau eksekutif memerlukan banyak lounge suit.
Umur Remaja mempunyai wardrobe yang tidak sama dengan kanak-kanak atau orang dewasa.
Kedudukan dalam masyarakat Seseorang yang mempunyai peranan atau tanggungjawab dalam masyarakat seperti seorang imam masjid dapat dikenal pasti peranannya melalui pakaian.

  3.    Memenuhi Keperluan Aktivit Harian

  • Aktiviti harian menentukan jenis pakaian yang perlu ada di dalam wardrobe. Pakaian riadah, kasual, dan formal bergantung kepada kecenderungan individu menjalankan aktiviti berkenaan. Contohnya individu yang suka bersukan mempunyai lebih banyak pakaian sukan, manakala individu yang selalu menghadiri majlis formal, mempunyai banyak pakaian formal. Wardrobe anda harus mempunyai pakaian mengikut aktiviti yang sering anda lakukan.

Pakaian formal

Pakaian Kasual

Pakaian yang sesuai untuk beriadah.

     4.  Bersesuaian dengan Persekitaran.

  • Pakaian yang dipakai semasa cuaca panas tidak sama dengan pakaian semasa cuaca sejuk.

              –   Pakaian semasa cuaca panas terdiri daripada pakaian yang ringkas dan diperbuat daripada fabrik yang menyerap peluh seperti kapas dan sutera.

              –   Pakaian semasa cuaca sejuk terdiri daripada baju tebal yang diperbuat daripada fabrik benang sayat yang dapat memerangkap haba.

              4.   Mengikut Keperluan Agama, Bangsa dan Budaya.

  • Agama, bangsa, dan budaya banyak mempengaruhi pemilihan pakaian individu. Sebagai contoh, wanita beragama Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat, manakala sami Buddha pula memakai kain kuning yang dililit di badan. Pakaian tradisional melambangkanbangsa dan budaya sesuatu kaum seperti ceongsam melambangkan pakaian tradisi kaum Cina, manakala sari melambangkan pakaian tradisi kaum India.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: